SUMBER Arab News
SUMBER Arab News

PESAWAT penumpang Russia yang membawa lebih 220 penumpang dan anak kapal terhempas di Semenanjung Sinai.

Perdana Menteri Mesir, Sherif Ismail, mengesahkan pesawat berkenaan hilang di ruang udara Sinai dan kebinet kini dalam tahap krisis untuk menangani keadaan.

Terdahulu, pihak berkuasa udara Mesir mendakwa pesawat berkenaan selamat meninggalkan kuas ruang udara Mesir dan sudah menghubungi menara kawalan di Turki.

Pesawat Airbus A321 berkenaan dipercayai milik Kogalymavia. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 31 Oktober 2015 @ 4:28 PM