Barangan yang dirampas daripada suspek. FOTO Nabihah Kamal
Barangan yang dirampas daripada suspek. FOTO Nabihah Kamal
Oleh Nabihah Kamal


Kuala Lumpur: Lelaki yang terkenal dengan panggilan ‘Abang Long Chow Kit’ antara lima yang ditahan kerana memiliki dadah jenis syabu, malam tadi.

Lelaki berusia 34 tahun itu ditahan bersama seorang lagi lelaki berusia 20 tahun dan tiga wanita berusia 25 hingga 18 tahun pada 7 malam tadi di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Menurut sumber, ‘Abang Long Chow Kit’ dan rakan lelakinya turut terbabit dalam kegiatan samun dan curi kenderaan.

Katanya, pemeriksaan dalam kereta dinaiki mereka menemui alatan curi kenderaan, senjata seperti pedang dan pisau, mercun serta barang curi.

"Tiga wanita yang ditahan dipercayai peneman kepada dua suspek berkenaan dan turut memiliki syabu.

“Semua yang ditahan dibawa ke Balai Polis Chow Kit untuk tindakan lanjut,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 Oktober 2015 @ 9:07 PM