ISKANDAR Halim (kiri) bersama pegawainya menunjukkan Dakwat Pencetak Tiruan yang dirampas. FOTO Hazreen Mohamad
ISKANDAR Halim (kiri) bersama pegawainya menunjukkan Dakwat Pencetak Tiruan yang dirampas. FOTO Hazreen Mohamad
Oleh Khairul Najib Asarulah Khan


Nilai: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) merampas pelbagai barangan tiruan keseluruhannya bernilai RM65.8 juta sejak 2011 hingga hari ini.

Timbalan Penguatkuasa Cawangan Operasi Khas KPDNKK, Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata, barangan dirampas selepas didapati menggunakan pelbagai jenama cap dagang yang popular.

"Antara barangan terbabit, pakaian sebanyak 1,359 kes, barangan kulit (687), alat komunikasi (448), kasut (285), rokok (194) dan pelbagai lagi.

"Kebanyakkan barangan itu dirampas di kilang dan premis perniagaan selepas menerima aduan pembeli dan kakitangan cap dagang berkenaan.

"Dari situ, kita mengenal pasti sebelum tindakan diambil kepada pesalah berkenaan dan pihak kami mengharapkan pihak cap dagang dapat terus berkerjasama membeteras penularan barangan tiruan yang semakin meluas ini," katanya.

Beliau berkata demikan ketika Program Pelupusan Dakwat Pencetak Tiruan bersama Wakil Cap Dagang di Kompleks Penyimpanan Bahagian Penguatkuasa KPDNKK, Nilai, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Oktober 2015 @ 4:04 PM