Ahmad Zahid Hamidi merasmikan Inisiatif dalam Industri Penjagaan Kesihatan Halal, petang tadi. FOTO Asyraf Hamzah
Ahmad Zahid Hamidi merasmikan Inisiatif dalam Industri Penjagaan Kesihatan Halal, petang tadi. FOTO Asyraf Hamzah
Oleh Hafiz Ithnin


Kuala Lumpur: Malaysia di landasan yang betul untuk menjadi destinasi pelancongan perubatan dunia dengan menjana perolehan RM1 bilion setahun bersandarkan ekosistem industri farmaseutikal halal yang mampan di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, setakat Ogos lalu, terdapat 110 syarikat pembuatan farmaseutikal di Malaysia yang mendapat pensijilan halal termasuk 24 syarikat yang mengeksport produk berasaskan industri berkenaan.

"Malaysia juga salah satu negara di rantau ini yang menerima skim kerjasama pemeriksaan farmaseutikal dan membolehkan pemain industri tempatan mengeluarkan produk mengikut standard pembuatan berkualiti tinggi.

"Perkara ini juga membuka peluang kepada tempatan untuk mengeksport produk mereka ke pasaran asing yang mempunyai skim berkenaan antaranya Eropah, Australia dan Kanada," katanya ketika berucap merasmikan insentif industri penjagaan kesihatan halal di sini, petang tadi.

Selepas merasmikan majlis itu, beliau turut menyaksikan majlis menandatangi kerjasama antara Halal Industry Development Corpiration (HDC) dan AJ Pharma Holdings untuk membangunkan palform pembangunan kajian (R&D) dalam vaksin halal.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Oktober 2015 @ 3:26 PM