Penduduk Afghanistan memeriksa rumah mereka yang runtuh di Bazarak, wilayah Panjshir. - Foto AFP
Penduduk Afghanistan memeriksa rumah mereka yang runtuh di Bazarak, wilayah Panjshir. - Foto AFP
Mangsa gempa bumi Pakistan yang cedera dirawat di sebuah hospital di Peshawar. - Foto AFP
Mangsa gempa bumi Pakistan yang cedera dirawat di sebuah hospital di Peshawar. - Foto AFP

Kabul: Seramai 70 mati akibat gempa bumi berukuran 7.5 magnitud yang melanda Afghanistan, termasuk 12 pelajar perempuan di Afghanistan yang terpijak atau dirempuh ketika mereka berebut-rebut lari menyelamatkan diri apabila sekolah runtuh, manakala korban selebihnya di Pakistan.

Jumlah korban meningkat mendadak dalam masa beberapa jam berikutan bangunan runtuh, sebahagian besarnya di Pakistan.

Menurut Pengarah Pendidikan Afhanistan, Enayat Naweed, pelajar perempuan terbabit cuba menyelamatkan diri dari bangunan sekolah yang runtuh di Taluqan, wilayah Takhar hingga menyebabkan berlakunya tragedi dipijak dan dirempuh itu.

“Seramai 12 murid mati manakala 35 lagi cedera,” katanya.

Di wilayah Nangarhar dekat sempadan Pakistan, enam mati dan 69 lagi cedera.

Sekurang-kurangnya 28 orang terbunuh di wilayah Pakistan yang bersempadan dengan Afghanistan, termasuk lapan kanak-kanak, 20 lagi di utara Pakistan, tiga di Gilgit-Baltistan dan seorang di Kashmir.

Menurut Pengukuran Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempar itu menggegarkan Kabul, berlaku pada kedalaman 196 kilometer, berpusat di 82 kilometer selatan Feyzabad, kawasan terpencil Afghanistan di pergunungan Hindu Kush dengan gegarannya yang menggoncang bangunan di Kabul, boleh dirasai sehingga Pakistan, Punjab dan New Delhi. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Oktober 2015 @ 8:12 PM