FOTO ihsan abcnews
FOTO ihsan abcnews
Oleh Murni Wan Omar


Putrajaya: Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang mengarahkan parti MIC mengadakan pemilihan semula.

Panel tiga hakim yang dipengerusikan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum sebulat suara menolak permohonan bekas Presiden MIC, Datuk Seri G Palanivel dan dua lagi yang merayu untuk menangguhkan keputusan ROS itu.

Hakim Richard berkata, permohonan itu kini sudah menjadi akademik.

Mahkamah juga memerintahkan Palanivel, Tan Sri S Balakrishnan dan Datuk S Sothinathan membayar kos RM40,000 kepada empat responden di dalam kes ini.

Empat responden itu adalah ROS, Menteri Dalam Negeri, Senator Datuk S Vigneswaran dan Naib Presiden MIC, Datuk M Saravanan.

Palanivel, Balakrishnan dan Sothinathan memfailkan permohonan kebenaran untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan berhubung arahan ROS.

Mahkamah Rayuan sebelum ini menolak permohonan mereka untuk mengenepikan arahan ROS.

Pada 21 Ogos lalu, Datuk Seri Dr S Subramaniam dilantik menjadi presiden MIC selepas selesai pemilihan semula.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Oktober 2015 @ 3:15 PM