Empat gol Wijnaldum menggembirakan penyokong Newcastle. - Pix Reuters
Empat gol Wijnaldum menggembirakan penyokong Newcastle. - Pix Reuters

Siapakah Georginio Wijnaldum?

Pemain terbabit muncul wira Newcastle meledak empat gol ketika membantu pasukannya menang 6-2 pada perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di St James Park.

Kehadiran bekas penyerang PSV Eindhoven itu memberi impak di Tyneside selepas mencuba angin baru beraksi dalam liga berbeza.

Biarpun Ayoze Perez dan Aleksandar Mitrovic turut meledak jaringan tetapi Wijnaldum berhak menjadi tajuk utama.

Berikut lima fakta mengenai pemain terbabit.

1. Dia menghabiskan tempoh empat tahun di PSV.

Pemain berusia 24 tahun itu menghabiskan masa selama empat tahun bermain di bahagian tengah Eredivisie selepas meninggalkan Feyenoord pada 2011.

2. Dia dipilih Pemain Terbaik Belanda tahun lalu.

Dua pemain pernah memenangi penghormatan itu sebelum ini adalah bintang Barcelona Luis Suarez dan pemain pertahanan Tottenham Jan Vertonghen.

3. Dia menjaringkan gol menentang Brazil.

Dia menjaringkan gol kedua penentuan play-off tempat ketiga Piala Dunia menentang Brazil membolehkan skuad Louis van Gaal menang 3-0 ke atas tuan rumah kejohanan.

4. Dia pemain termuda Feyenoord membuat penampilan.

Wijnaldum muncul pemain termuda beraksi bersama kesebelasan utama Feyenoord pada usia 16 tahun 148 hari.

5. Dia bekas kapten PSV.

Diberikan lilitan kapten pada usia baru 22 selepas Mark van Bommel dan Kevin Strootman meninggalkan kelab pada 2013.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Oktober 2015 @ 3:20 PM