ACER Revo Build.
ACER Revo Build.

Satu lagi PC diperkenalkan, tetapi kali ini ia CPU kompak yang sangat comel, Acer Revo Build yang juga boleh beroperasi sebagai pemain media.

Rekaan dengan lima lapisan terbabit menempatkan powerbank, pemacu cakera keras luaran, audio, kerangka PC utama dan blok kad grafik.

Konsep blok ini ringkas dan hanya mempunyai dimensi 135 x 135 x 56mm jauh berbeza dari CPU tradisional.

Pada bahagian luarnya, ia mempunyai beberapa port seperti tiga USB 3.0, HDMI, DisplayPort, pembaca kad SD dan jek audio.

Ia beroperasi pada Windows 10 dan mempunyai grafik Intel HD serta menyokong monitor yang mempunyai skrin HD penuh 1920 x 1080.

Kuasanya dibant Intel Pentium N3700 atau Intel Celeron N3150/N3050 dan ia mempunyai storan 32GB eMMC.

Pengecas di bahagian atasnya pula berupaya menyokong cas tanpa wayar.

INFO

ACER REVO BUILD

- Harga: Anggaran RM900

- OS: Windows 10

- Skrin sokongan: HD penuh 1920 x 1080

- Pemprosesan: Intel Pentium N3700 atau Intel Celeron N3150/N3050

- Memori: Sehingga 8GB

- Grafik: Intel HD Graphics

- Setoran: 32GB eMMC

- Dimensi: 135 x 135 x 56mm

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Oktober 2015 @ 10:05 AM