ASPIRE ES
ASPIRE ES
ASPIRE V 15
ASPIRE V 15

Bagi pengguna yang inginkan notebook berprestasi dan bergaya, Acer mengumumkan senarai tiga notebook Windows 8.1 iaitu Aspire V15 serta siri Aspire E dan ES.

Aspire V 15 mempunyai bahagian aluminum dan menggunakan teknologi ‘advanced nono-impront’ untuk menghasilkan tekstur metalik yang unik.

Bagi siri Aspire E pula, terdapat tiga saiz iaitu 11 inci, 15.6 inci dan 17.3 inici selain beberapa pilihan warna.

Selain ciri-ciri teknologi terkini, seni ukir laser digunakan untuk menambahkan lagi gaya bagi siri notebook ini.

Sementara itu, Aspire ES mengambil kira produktiviti, kemudahalihan (portability) dan kemampuan.

Terdapat lima pilihan saiz daripada 11.6 inci sehingga 17.3 inci yang direka untuk penggunaan harian.

Selain itu, Aspire V 15 dan ESeries juga mempunyai reka bentuk papan kekunci ‘chicklet’ untuk keselesaan ketika menaip.

INFO

ASPIRE ES

- Harga: Bermula US$229

- OS: Windows 8.1

- Paparan:

* 11.6”, HD 1366 x 768 (ES 11)

* 13.3”, HD 1366 x 768 (ES 13)

* 14”, HD 1366 x 768 (ES 14)

* 15.6”, HD 1366 x 768 (ES 15)

* 17”, HD+ 1600 x 900 (ES 17)

- Pemprosesan: Intel Pentium,Celeron atau AMD E1 (ES 14 & ES 15 sahaja)

- Memori: 8GB maksimum

- Grafik: UMA, Discrete Graphics (ES 17 sahaja)

- Setoran: 500GB / 1 TB, 32GB eMMC (ES 11 & ES 13)

- Kamera: VGA webcam

- Dimensi & Berat:

* 291 x 211 x 21.2 mm, 1.25 Kg (ES 11)

* 327 x 228 x 20.7 mm, 1.5 Kg (ES 13)

* 346 x 248 x 25.3 mm, 2 Kg (ES 14)

* 381.6 x 258 x 26.1 mm, 2.4 Kg (ES 15)

* 423.32 x 289.91 x 27.99 mm, 3 Kg (ES 17)

ASPIRE V 15

- Harga: AS$599

- OS: Windows 8.1

- Paparan: 15” HD 1366 x 768m 10-point sentuhan

- Pemprosesan: Intel Core i7/i5/i3

- Memori: 16GB maksimum

- Grafik: UMA / Discrete Graphics

- Setoran: 2 GB maksimum

- Setoran Hybrid: 1TB maksimum

- Kamera: HD webcam

- Dimensi: 381.6 x 259 x 23.9 mm

- Berat: 2.4 Kg

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 April 2015 @ 11:52 AM