Kadar tol NPE di Plaza Tol Pantai Dalam dan Plaza Tol PJS5 bagi kelas pertama ialah RM2.30, RM4.60 (kelas dua), RM6.90 (kelas tiga), RM1.20 (kelas empat).
Kadar tol NPE di Plaza Tol Pantai Dalam dan Plaza Tol PJS5 bagi kelas pertama ialah RM2.30, RM4.60 (kelas dua), RM6.90 (kelas tiga), RM1.20 (kelas empat).

Kuala Lumpur: Lapan syarikat konsesi lebuh raya di Lembah Klang hari ini mengumumkan kenaikan kadar tol antara 20 sen dan RM3 berkuat kuasa Khamis ini.

Kadar tol baharu itu membabitkan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Lebuhraya Maju Expressway (MEX), Lebuhraya Kajang-SILK, Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) dan Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong (SMART).

Turut mengumumkan kenaikan kadar tol ialah Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA), dan Lebuhraya Baru Pantai (NPE).

Jurucakap ANIH Berhad berkata kadar tol baharu KLK di Plaza Tol Gombak ialah RM6 (kelas satu), RM12 (kelas dua), RM18 (kelas tiga), RM3 (kelas empat) manakala kelas lima kekal RM5.

“Bagi Plaza Tol Bentong pula, kelas satu RM3.50, kelas dua RM7, kelas tiga RM10.50, kelas empat RM1.80, dan kelas lima masih kekal RM3," katanya di sini, hari ini.

Kelas satu ialah untuk kereta, kelas dua bagi lori kurang daripada satu tan, kelas tiga lori besar dan treler, kelas empat teksi dan kelas lima untuk bas.

Sementara itu bagi Lebuhraya MEX, Maju Expressway Sdn Bhd dalam kenyataan berkata, kadar tol baharu bagi Plaza Tol Salak Selatan ialah RM2 (kelas satu), RM4 (kelas dua), RM6 (kelas tiga), RM1 (kelas empat) dan (RM1.50 (kelas lima).

Kadar baharu bagi Plaza Tol Putrajaya ialah RM3.50 (kelas satu), RM7 (kelas dua), RM10.50 (kelas tiga), RM1.80 (kelas empat) dan RM2.50 (kelas lima).

SILK Holdings Berhad pula menyatakan kadar tol baharu bagi Lebuhraya Kajang-Silk ialah RM1.80 (kelas satu), RM3.60 (kelas dua), RM5.40 (kelas tiga), 90 sen (kelas empat) dan RM1 (kelas lima).

Bagi DUKE, Konsortium Lebuhraya Utara-Timur (KL) Sdn Bhd mengumumkan kadar tol baharu bagi Plaza Tol Ayer Panas, Plaza Tol Sentul Pasar dan Plaza Tol Kampung Batu ialah RM2.50 bagi kelas satu, RM3.80 (kelas dua), RM5 (kelas tiga), RM1.30 (kelas empat) dan kekal RM1.30 bagi kelas lima.

Sementara itu Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd turut mengumumkan kadar tol baharu bagi Terowong Lebuhraya SMART iaitu RM3.

Bagi LATAR, KL-Kuala Selangor Expressway Berhad mengumumkan kenaikan kadar tol baharu bagi lebuh raya itu membabitkan Plaza Tol Ijok, Plaza Tol Kuang Timur, Plaza Tol Kuang Barat dan Plaza Tol Templer iaitu RM2.50 bagi kelas pertama, RM5 (kelas dua), RM7 (kelas tiga), RM1.30 (kelas empat) manakala kelas lima kekal pada RM2.

Dalam pada itu, BESRAYA (M) Sdn BHD turut mengumumkan penyelarasan struktur kadar tol di Plaza Tol Mines (Utara dan Selatan) iaitu RM2 bagi kelas pertama, RM4 (kelas dua), RM4 (kelas tiga), dan RM2 (kelas empat) manakala kelas lima kekal pada RM1.30.

Bagi NPE pula, New Pantai Expressway Sdn Bhd dalam kenyataan mengumumkan kadar tol baharu bagi Plaza Tol Pantai Dalam dan Plaza Tol PJS5 bagi kelas pertama ialah RM2.30, RM4.60 (kelas dua), RM6.90 (kelas tiga), RM1.20 (kelas empat) dan kelas lima kekal pada RM1.60.

"Bagi Plaza Tol PJS2, kadar tol baharu bagi kelas pertama kekal pada RM1, manakala kelas dua (RM4.60), kelas tiga (RM6.90), kelas empat (RM1.20) dan kelas lima kekal pada RM1.60," menurut kenyataan itu.

Kali terakhir kadar tol dinaikkan ialah pada 1 Mac 2009 membabitkan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), BESRAYA dan NPE manakala tiada kenaikan oleh syarikat konsesi tol lain sejak 2008. - BERNAMA

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Oktober 2015 @ 5:57 PM