KEADAAN kenderaan yang terbabit kemalangan. FOTO ihsan polis
KEADAAN kenderaan yang terbabit kemalangan. FOTO ihsan polis
Oleh Muhamaad Razis Ismail


Gua Musang: Bekas dekan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) maut selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan pacuan empat roda di Kilometer 13.5 Jalan Gua Musang- Kuala Krai, malam tadi.

Dalam kejadian 9.40 malam itu mangsa Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah, 42, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan. manakala penumpang kereta sama, Mathiswarman Sarawanan, 19, cedera di kaki.

Mayat dibawa ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga untuk dikebumikan.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Saiful Bahri Abdullah berkata, ketika kejadian mangsa memandu kereta Perodua Myvi dalam perjalanan dari Gua Musang ke Kuala Krai sebelum tiba-tiba hilang kawalan.

"Kereta mangsa bergesel dengan kereta Proton Saga yang datang dari arah bertentangan sebelum bertembung dengan pacuan empat roda jenis Toyota dari arah bertentangan.

"Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu dan penumpang dua lagi kenderaan cedera," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Oktober 2015 @ 9:53 AM