Cuaca berjerebu di Johor Bahru tidak banyak berubah hari ini berbanding semalam. FOTO Mohd Azren Jamaludin
Cuaca berjerebu di Johor Bahru tidak banyak berubah hari ini berbanding semalam. FOTO Mohd Azren Jamaludin
Oleh Intan Mas Ayu Shahimi


Kuala Lumpur: Semua sekolah di Johor terus ditutup esok berikutan situasi jerebu tidak banyak berubah berbanding semalam.

Kementerian Pendidikan Malaysia dalam kenyataannya memaklumkan, keputusan dibuat berdasarkan pemantauan Indeks Pencemaran Udara (IPU) negeri berkenaan sehingga jam 4 petang tadi.

Sementara itu, semua sekolah di Melaka diarah buka semula esok memandangkan bacaan IPU negeri berkenaan bertambah baik.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 September 2015 @ 6:53 PM