Oleh Azam Abd Aziz

Mina: Kumpulan jemaah haji Malaysia sudah memulakan ibadat melontar di Kompleks Jamarat, Mina, sejak tengah malam tadi.

Mereka bergerak secara berkumpulan melalui Terowong Al Muaisim dan berjalan sejauh kira-kira tujuh kilometer.

Mengikut akaun Twitter Tabung Haji, jemaah haji Malaysia mula melontar di Jamrah Kubra, pada 10 Zulhijjah.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 September 2015 @ 3:52 PM