MANIK diperbuat daripada pelbagai bahan.
MANIK diperbuat daripada pelbagai bahan.

Budaya penggunaan manik untuk perhiasan diri bagi masyarakat pribumi Sarawak sudah wujud sejak zaman dahulu lagi.

Manik diperbuat daripada pelbagai jenis bahan iaitu kayu, kulit siput, batu, kaca, tulang, gigi haiwan dan seramik.

Suatu ketika dulu, manik memainkan peranan penting dalam komuniti Orang Ulu.

Ia sangat bernilai dan ada nilai status dalam komuniti sebagai lambang darjat, kekayaan dan pengaruh keluarga besar.

Namun, pada masa kini ia lebih dijadikan sebagai perhiasan diri bagi menghadiri majlis adat dalam kalangan etnik di Sarawak.

Teknik pembuatan, reka bentuk, warna manik berbeza dalam kalangan Orang Ulu mengikut kepercayaan dan interpretasi masing-masing.

Apapun, manik pernah dijadikan sebagai pertukaran dalam sistem barter dengan binatang buruan.

Dikatakan, manik yang dibawa ke Sarawak berasal dari Mesir, Greece, China dan India sejak ratusan tahun dahulu.

Menurut adat Orang Ulu, setiap biji manik ada pengertian tertentu hingga ia menjadi warisan turun-temurun.

Bahkan, mereka tidak membenarkan manik dijual atau diberi kepada orang, sebaliknya hendaklah dijaga dengan sempurna.

Manik juga dijadikan sebagai tanda ikatan perkahwinan dan kekeluargaan daripada setiap etnik.

Selain suku kaum Kedayun Lun Bawang, Kelabit, Kenyah, Bidayuh, suku kaum Kayan tidak kurang hebatnya dengan pembuatan manik dalam pelbagai bentuk.

Ia diterjemahkan sebagai simbol rezeki, kebahagiaan kehidupan berkeluarga, pakaian majlis adat, majlis kebesaran keluarga dan sambutan adat lainnya.

Kini, kraf manik ditampilkan dalam bentuk tradisional hingga moden mengikut kehendak pelanggan dengan pelbagai bentuk.

Ia membabitkan set hantaran, bekas serba guna, sarung kotak tisu, bekas telur, beg duit dan perhiasan dinding mengikut kreativiti pengusaha.

Produk ini sesuaia dijadikan hiasan sudut rumah, pejabat atau dalam kenderaan, hadiah atau cendera hati buat tersayang.

Lebih menarik, produk kraf manik mempunyai jangĀ­ka hayat lama dan mudah dibersihkan. Maklumat lanjut di www.kraftangan.gov.my.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 September 2015 @ 5:01 AM