Petaling Jaya: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memutuskan untuk mengiklankan jawatan ketua jurulatih senior kebangsaan dan skuad Bawah 23 (B-23).

Langkah berkenaan diumumkan Timbalan Presiden FAM Datuk Mokhtar Ahmad selepas mempengerusikan mesyuarat "task force" bagi skuad negara sebentar tadi.

Sebelum ini, Datuk Ong Kim Swee yang juga pengendali B-23 dipilih pengendali sementara skuad senior selepas peletakan jawatan Dollah Salleh

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 September 2015 @ 4:13 PM