Truus dan ahli keluarga ceria meraikan kejayaan United bersama van Gaal. - Pix Daily Mail
Truus dan ahli keluarga ceria meraikan kejayaan United bersama van Gaal. - Pix Daily Mail
Van Gaal tiba di restoran Wings menaiki Bentley. - Pix Daily Mail
Van Gaal tiba di restoran Wings menaiki Bentley. - Pix Daily Mail

Manchester: Pengurus Manchester United Louis van Gaal meraikan kejayaan menewaskan musuh tradisi dengan penuh bergaya.

Beberapa jam selepas Manchester United menewaskan Liverpool pengurus Belanda itu bergegas ke restoran Wings menjadi tumpuan ramai pemain bolasepak Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama isterinya Truus dan seorang rakan keluarga.

Mereka bertiga tiba menaiki kereta mewah Bentley lengkap dengan nombor plet persendirian WI NGS yang dihantar oleh restoran terbabit khusus untuk menjemput Van Gaal.

Kemenangan 3-1 membolehkan United merapatkan kedudukan kepada pendahulu EPL Manchester City yang turut menang di Crystal Palace. - Daily Mail

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 September 2015 @ 2:54 PM