Colombo: Seorang wanita menyembunyikan bayi yang baru dilahirkannya di belakang sofa di rumahnya selepas dia melahirkan bayi itu secara rahsia.

Wanita berusia 35 tahun yang juga bekas askar dan ibu dua anak itu dibawa ke hospital oleh anggota keluarganya selepas dia ditemui berlumuran darah, tanpa mengetahui mengenai kelahiran itu.

Mereka hanya tahu dia melahirkan anak selepas dimaklumkan pihak hospital.

Wanita yang namanya tidak didedahkan itu akhirnya mengaku dia menyembunyikan bayi itu di belakang sofa rumahnya.

Bagaimanapun, bayi itu ditemui mati selepas keluarganya pulang ke rumah itu.

Baik suami mahupun keluarganya tidak tahu dia mengandung.

Polis akan menahan wanita itu sebaik dia keluar dari hospital.

Dia juga mungkin diarah menjalani pemeriksaan kesihatan mental untuk menentukan punca dia merahsiakan kehamilan dan juga kelahiran itu. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 September 2015 @ 6:26 AM