PELAJAR MSU ketika berkunjung ke Canterbury Refugee Council, Christchurch, New Zealand.
PELAJAR MSU ketika berkunjung ke Canterbury Refugee Council, Christchurch, New Zealand.

Terkenal dengan visi komitednya ke arah mencerna kecemerlangan dan kejayaan pelajar, Management & Science University (MSU) adalah universiti cemerlang bagi pengalaman pembelajaran menyeluruh.

Pendidikan berkualiti menjadi agenda utama MSU dalam melahirkan graduan holistik, berkualiti dan kompeten. Manakala penekanan kepada program mobiliti pelajar turut memperkasakan aspek pengalaman pembelajaran pelajar dan seterusnya meningkatkan kebolehpasaran graduan.

Sehubungan itu, MSU melalui Global Mobility Programme (GMP) dan Global Leadership Programme (GLP) berperanan membantu pelajar dalam aspek pendedahan antarabangsa.

GMP membolehkan pelajar MSU memperkasakan pengalaman antarabangsa mereka dalam aspek akademik. Program ini antara lain membolehkan mereka mendapat pengalaman pengajian di lebih 40 rakan universiti MSU di seluruh dunia, antaranya di United Kingdom, Jerman, Australia, Jepun, Korea Selatan, Amerika Syarikat, Afrika Selatan, India, Indonesia dan New Zealand.

Sepanjang berada di universiti berkenaan pelajar akan didedahkan suasana kampus, fasiliti, kaedah pembelajaran, budaya serta menyertai aktiviti komuniti secara bersama dengan pelajar universiti berkenaan.

Manakala GLP pula lebih bercorak kepada program jangka pendek yang bermatlamat membina aspek kepemimpinan. Ini merangkumi program khidmat sosial, lawatan sambil belajar serta perkongsian budaya yang dirancang dengan beberapa pusat pengajian tinggi luar negara dan badan global yang lain.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 September 2015 @ 5:01 AM