RUANGAN bilik tidur lengkap dengan arca pasir menarik.
RUANGAN bilik tidur lengkap dengan arca pasir menarik.
UKIRAN naga, tembok besar China dan askar Terracotta di luar Hotel Zand di Oss.
UKIRAN naga, tembok besar China dan askar Terracotta di luar Hotel Zand di Oss.
BILIK di istana pasir  boleh memuatkan dua penginap.
BILIK di istana pasir boleh memuatkan dua penginap.
Hotel berbentuk istana pasir ini dibina bersempena festival arca pasir yang diadakan di Brabant dan Friesland.
Hotel berbentuk istana pasir ini dibina bersempena festival arca pasir yang diadakan di Brabant dan Friesland.

Pelancong yang gemar menghabiskan masa berjam-jam membina istana pasir di tepi pantai, kini berpeluang merasai pengalaman bermalam dalam istana pasir versi sebenar.

Semua itu menjadi kenyataan apabila Hotel Zand di Belanda membina dua hotel dengan bentuk istana pasir di bandar Oss dan Sneek.

Selepas dibuka kedua-dua hotel yang lengkap dengan satu bilik itu terus popular dan penuh ditempah sepanjang minggu.

Hotel itu boleh ditempah dengan harga 150 euro (RM730) semalam, bergantung pada jumlah penghuninya.

Bilik di hotel itu juga lengkap dengan kemudahan perabot, bilik mandi, saluran elektrik, tingkap dan hiasan menarik.

Pembinaan hotel itu sebenarnya bersempena dengan festival arca pasir di Brabant dan Friesland yang menjadi tarikan pelancong dan artis terbaik dunia.

Setiap dinding dan siling hotel itu disaluti pasir serta dihiasi dengan lebih 30 arca pasir yang diinspirasikan daripada hotel ais di Sweden dan Finland.

Penginapan satu malam di hotel itu termasuk pakej sarapan, Internet tanpa wayar atau WiFi dan lawatan peribadi ke festival Brabant dan Friesland.

Istana pasir di Friesland mengikut rekaan bangunan di Bedrock, sebuah bandar dalam program animasi popular The Flinstones.

Festival ukiran pasir di Friesland pada tahun ini adalah Hollywood.

Hotel di Oss pula dihiasi dengan ukiran naga Cina dan Tentera Terracotta.

Bagaimanapun, hotel pasir ini hanya dibuka sementara kerana ia ditutup sebaik festival itu berakhir penghujung September dan awal Oktober depan.

Namun, kerana sambutan yang menggalakkan, Hotel Zand merancang untuk membuka semula kedua-dua hotel berkenaan pada festival tahun hadapan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 September 2015 @ 5:02 AM