JAMBATAN gantung antara tarikan utama Langkawi. FOTO Hamzah Osman
JAMBATAN gantung antara tarikan utama Langkawi. FOTO Hamzah Osman
Oleh Hairulazim Mahmud


Kuala Lumpur: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Pulau Langkawi sebagai pulau karbon rendah yang pertama di negara ini.

Perdana Menteri berkata, satu kajian kebolehlaksanaan pulau karbon rendah Langkawi 2030 sedang dijalankan dengan Pulau Jeju di Korea Selatan dijadikan tanda aras perbandingan.

"Jika Langkawi boleh menjadi contoh untuk penggunaan tenaga diperbaharui, pengangkutan elektrik, pengurusan sisa dan bangunan hijau, ia akan memberi kesan berganda kepada industri tempatan selain mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk warga tempatan dan meningkatkan hasil pulau menerusi pelancongan hijau," kata beliau.

Beliau berkata demikian pada perasmian Persidangan dan Pameran Antarabangsa Produk Teknologi Hijau dan Eko di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Malaysia (KeTTHA) Datuk Seri Panglima Dr Maximus Johnity Ongkili.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 September 2015 @ 11:55 AM