Pegawai PETRONAS Dagangan Hadina Hisham dan Jenna Shan menunjukkan demo penggunaan pengecas EV untuk kenderaan hibrid dan kenderaan elekterik. FOTO Rosela Ismail
Pegawai PETRONAS Dagangan Hadina Hisham dan Jenna Shan menunjukkan demo penggunaan pengecas EV untuk kenderaan hibrid dan kenderaan elekterik. FOTO Rosela Ismail
Sofyan Rizal Ishak


Serdang: Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) melancarkan secara rasmi stesen pengecas kenderaan elektrik (ChargEV) pertama di Stesen Petronas Solaris, Serdang.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili berkata, kemudahan yang ditawarkan secara percuma melalui kerjasama Petronas dan Perbadanan Teknologi Hijau Malaysia (GreenTech) itu adalah salah satu usaha untuk mempromosikan pemilikan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia.

“Kementerian memuji usaha Petronas dalam menyokong agenda hijau negara ini dan berharap lebih banyak syarikat di Malaysia mengikuti langkah seumpama ini pada masa depan,” katanya pada pelancaran stesen ChargEV Petronas di sini, sebentar tadi.

Sebanyak 66 stesen pengecas kenderaan akan dibangunkan di stesen-stesen Petronas di lebuh raya utama Semenanjung Malaysia menjelang hujung tahun ini bagi membolehkan pengguna EV pergi lebih jauh hingga ke luar Lembah Klang.

Untuk permulaan, kemudahan stesen ChargEV Petronas boleh didapati di lapan stesen Petronas sekitar Lembah Klang dan dua stesen Petronas di Ayer Keroh Arah Selatan dan Genting Sempah, Pahang.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Mac 2017 @ 12:47 PM