Oleh Hairulazim Mahmud


Kuala Lumpur: Kerajaan mengunjurkan Pendapatann Negara Kasar (PNK) sebanyak RM22 bilion dalam perniagaan berasaskan teknologi hijau pada tahun 2020.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, unjuran pada 2030 pula mencecah sehingga RM60 bilion.

"Jangkaan itu adalah bersesuaian dengan keadaan semasa," kata beliau ketika berucap pada Majlis Perasmian Pameran dan Persidangan Tekonologi Hijau dan Produk Eko Malaysia (IGEM) 2015 di sini, hari ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, perniagaan berkenaan dijangka menyumbang lebih dalam bidang pelaburan teknologi hijau sebanyak RM28 bilion pada tahun 2020 dan RM86 bilioan 10 tahun seterusnya.

Turut hadir Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Malaysia (KeTTHA) Datuk Seri Panglima Dr Maximus Johnity Ongkili.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 September 2015 @ 11:17 AM