KESAN darah pada runtuhan dinding pemisah antara tandas  yang meragut nyawa seorang pelajar.
KESAN darah pada runtuhan dinding pemisah antara tandas yang meragut nyawa seorang pelajar.
Oleh Kamal Majid

Jeli: Seorang pelajar sebuah sekolah agama maut dihempap dinding konkrit yang runtuh ketika berada di dalam tandas sekolah berkenaan di Kampung Bukit Jering, sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 2 petang, mangsa, Zulkhairi Zulkifli, 15, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Jeli, di sini, selepas cedera parah di kepala.

Jenazah anak kedua daripada tiga beradik itu kemudian dituntut ahli keluarga dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Jering, di sini, pada jam 11 pagi, semalam.

Ketua Polis Daerah Deputi Superintendan Mohd Yusoff Jaafar berkata, ketika kejadian mangsa berada sendirian di dalam tandas manakala rakannya menunggu di luar.

Katanya, tiba-tiba dinding yang menjadi penghadang antara tandas lelaki dan perempuan runtuh dan menghempap mangsa.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 September 2015 @ 6:10 AM