MAHU fokus lakonan dan perniagaan.
MAHU fokus lakonan dan perniagaan.
BERHARAP orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung persahabatannya dengan Iqram.
BERHARAP orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung persahabatannya dengan Iqram.
Syanty Octavia Amry


Enggan terus dikaitkan dengan kisah cinta, pelakon cantik Uqasha Senrose berharap diberi peluang untuk bernafas dan menumpukan perhatian terhadap kerjaya seni.

Uqasha ketika ditemui pada majlis pelancaran koleksi tudung rekaannya berkata, sejak dulu dia tidak habis-habis dikaitkan dengan kisah peribadi.

Terbaru, dia berkawan rapat dengan pelakon Iqram Dinzly dan berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi.

“Saya tidak tahu mengapa sering dikaitkan dengan cerita kurang enak seperti ini.

“Kalau boleh saya mahu fokus pada cerita kerjaya lakonan dan perniagaan yang sedang diusahakan.

“Soal dengan Iqram, saya akui kami berkawan dan selebihnya saya serahkan pada Allah SWT. Ada jodoh, adalah,” katanya.

Terkejut dikatakan keluar makan dengan Zizan dan muncul di sebuah pusat hiburan dengan hanya memakai topi tanpa bertudung, Uqasha nyata terkejut bagaimana ia boleh timbul.

“Saya berkawan dengan Zizan sama seperti berkawan dengan artis lain. Isu ke kelab dan pergi ke sana dengan Iqram juga benar-benar mengejutkan saya.

“Saya belum gila lagi untuk buat perkara mengarut seperti itu. Cukup-cukuplah dengan isu tak masuk akal seperti ini.

“Sebagai manusia saya tidak mampu hendak memuaskan hati semua orang. Terpulang mereka mahu cakap apa.

“Apa yang penting keluarga dan orang sekeliling tahu siapa saya sebenarnya,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 September 2015 @ 9:18 AM