RIDZUAN bersama Rosliza dan anak menerima bantuan daripada  Econsave.
RIDZUAN bersama Rosliza dan anak menerima bantuan daripada Econsave.
Oleh Mahaizura Abd Malik

Kajang: “Kami pernah tak makan dua hari berturut-turut kerana bekalan makanan habis dan duit tak ada.

“Yang kecil saya susukan badan, manakala anak lain yang merengek kelaparan terpaksa saya pujuk dengan hanya memberikan air kosong untuk alas perut,” demikian kata Rosliza Ibrahim, 38, yang menumpang teduh bersama suami dan lima anak mereka di sebuah bilik stor di Flat Bandar Bukit Mahkota, di sini, sejak dua minggu lalu.

Menceritakan keperitan hidupnya, Rosliza berkata, mereka sekeluarga berhijrah ke daerah berkenaan dari Kuala Berang, Terengganu sejak enam bulan lalu bagi memulakan kehidupan baru.

“Dulu di Terengganu, suami Ridzuan Sidek, 34, menjual ikan bersama adik-beradiknya. Kini selepas berhijrah ke sini, dia tidak mempunyai pekerjaan tetap.

“Kalau ada orang panggil, adalah kerja. Itu pun pendapatannya tak seberapa, kadangkala makan pun tak cukup. Biasanya kami akan makan pagi sama ada roti atau biskut, tengah hari tak makan dan malam hanya nasi berlaukkan sardin atau telur,” katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan Pengurus Operasi Pasaraya Econsave Wilayah Tengah, Lim Yoke Foong serta Pengurus Cawangan Setapak, Azman Mohamad Ali di penempatan sementaranya, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 September 2015 @ 6:33 AM