ASAP tebal dapat dilihat di bangunan berkenaan.
ASAP tebal dapat dilihat di bangunan berkenaan.

Riyadh: Sekurang-kurangnya 11 maut dan 219 cedera dalam kebakaran di kompleks kediaman bagi pekerja syarikat minyak Saudi Aramco.

Kebakaran dilaporkan bermula di tingkat bawah tanah sebuah blok apartmen di Khobar, timur negara itu, kata pasukan pertahanan awam di Twitter.

“Beberapa mangsa dalam keadaan kritikal dan semuanya membabitkan pelbagai kerakyatan,” katanya.

Gambar disiarkan di laman webnya menunjukkan kepulan asap hitam keluar dari tingkap bangunan berkenaan.

Pihak berkuasa berkata, penduduk di blok lain dipindahkan dan helikopter turut digunakan dalam operasi memadamkan api.

Saudi Aramco - syarikat minyak terbesar dunia - mengeluarkan kenyataan mengesahkan kebakaran itu. Menurutnya, kejadian sedang disiasat.

Syarikat itu mempunyai lebih 61,000 pekerja dari 77 negara. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 31 Ogos 2015 @ 7:56 AM