PRESIDEN merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Samsung Electronics, JK Shi berucap pada pelancaran antarabangsa di New York pada 13 Ogos. FOTO AFP
PRESIDEN merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Samsung Electronics, JK Shi berucap pada pelancaran antarabangsa di New York pada 13 Ogos. FOTO AFP
Oleh Afiq Hanif


KUALA LUMPUR: Samsung Malaysia akan menjual telefon terbaru, Galaxy Note5 dan S6 edge+ masing-masing pada harga RM2,699 dan RM3,099 bermula 4 September ini.

Semalam, dalam e-mel yang dihantar kepada media termasuk Harian Metro, wakil syarikat mengesahkan tarikh pelancaran dua gajet terbabit pada 3 September.

Note5 akan dilancarkan di Malaysia dengan dua warna iaitu putih dan emas manakala S6 edge+ pula hitam serta emas.

Kedua-duanya mempunyai setoran 32GB tanpa slot kad memori tambahan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Ogos 2015 @ 2:35 PM