PRESIDEN Samsung menunjukkan dua telefon pintar ketika perlancaran di New York, baru baru ini. FOTO AP
PRESIDEN Samsung menunjukkan dua telefon pintar ketika perlancaran di New York, baru baru ini. FOTO AP
Oleh Sofyan Rizal Ishak


Petaling Jaya: Samsung Malaysia Electronics (Samsung Malaysia) melancarkan dua model telefon pintar terbarunya iaitu Samsung Galaxy Note5 dan Galaxy S6 edge+ bagi pasaran negara ini, sebentar tadi.

Ciri utama yang ditonjolkan pada kedua-dua peranti itu adalah paparan berdefinisi tinggi iaitu Super Amoled Quad HD serta kamera yang ditambah baik dari model sebelumnya iaitu Note4.

Ia juga dilengkapi dengan 4GB RAM dan dikuasakan dengan pemproses Exynos Octa Core (lapan teras) sama seperti peranti flagship Galaxy S6 dan S6 Edge.

Galaxy Note5 dijual pada harga RM2,699, termasuk enam peratus Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu emas platinum dan putih mutiara.

Galaxy S6 edge+ pula dijual pada harga RM3,099, termasuk GST yang juga boleh didapati dalam dua pilihan warna iaitu emas platinum dan hitam Sapphire.

Kedua-dua peranti ditawarkan dengan pilihan simpanan 32GB dan ia mula boleh didapati di pasaran mulai 4 September ini melalui cawangan runcit sah Samsung seluruh negara.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 September 2015 @ 12:21 PM