PEMINAT Pulau Pinang memasuki padang  selepas tamat perlawanan. FOTO Nazri Abu Bakar
PEMINAT Pulau Pinang memasuki padang selepas tamat perlawanan. FOTO Nazri Abu Bakar
Oleh Nazri Abu Bakar


Melaka: Lebih 100 peminat Pulau Pinang memasuki padang bagi meraikan kelayakan ke Liga Super musim depan selepas skuad itu menewaskan UiTM FC dalam aksi terakhir Liga Perdana.

Pada perlawanan di Stadium Hang Jebat di sini malam tadi, Pulau Pinang mengatasi UiTM FC 2-0 sekali gus muncul naib juara Liga Perdana.

Pulau Pinang mendahului seawal minit ketujuh menerusi jaringan Mohd Aznee Taib manakala UiTM gagal menembusi pertahanan lawan pada separuh pasa pertama perlawanan.

Pada babak kedua, keghairahan skuad UiTM memburu gol penyamaan sebaliknya mengundang padah apabila pasukan pelawat sekali lagi menghukum kesilapan benteng pertahanan UiTM yang membiarkan Hilton Mauro Moreira bebas bergerak sebelum menanduk masuk gol kedua pada minit ke-80 untuk selesa di depan.

Dua gol itu sudah cukup buat Sang Kumbang meraih tiga mata berharga di gelanggang lawan dan kembali ke Liga Super selepas dua musim di Liga FAM dan dua musim di Liga Perdana.

Sementara itu, di Stadium Hang Tuah, SPA Putrajaya tewas di tangan PKNS 0-3 dalam aksi berat sebelah.

Gol PKNS menerusi Nazrin Syamsul Baharin pada minit ke-11 dan

Gabriel Guerra (minit ke-26 , minit ke-75) cukup buat pasukan itu meraih tiga mata.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Ogos 2015 @ 12:06 AM