WEI-HAN melayan  pengunjung restoran.
WEI-HAN melayan pengunjung restoran.

Taipei: Kecantikan seorang pelayan restoran makanan segera McDonald’s menyebabkan pelanggan ke restoran berkenaan meningkat mendadak sejak seminggu lalu.

Ia berlaku selepas gambar dan kisah pelayan itu Hsu Wei-han, dimuat naik ke Internet oleh seorang blogger.

Dalam tulisannya, blogger berkenaan RainDog berkata, dia menemui Wei Han yang juga dikenali sebagai Weiwei atau Haitun yang bermakna ikan lumba-lumba dalam bahasa China, ketika mengunjungi restoran berkenaan.

“Dia amat cantik dengan uniform McDonald’s,” tulis RainDog.

Sejak itu, gadis berkenaan menjadi viral dan ada yang memberinya gelaran baru - ‘Dewi McDonald’s paling comel dalam sejarah Taiwan.’

Jumlah pengunjung ke restoran berkenaan meningkat mendadak, khususnya dalam kalangan remaja lelaki, yang datang untuk melihat sendiri pekerja bermata bundar itu. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Ogos 2015 @ 10:54 AM