FOTO hiasan
FOTO hiasan
Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz

Kuala Lumpur: Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman kini bekerjasama dengan Polis Antarabangsa (Interpol) dan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) bagi mengesan kumpulan penggodam Anonymous Malaysia yang merancang melumpuhkan laman web di Malaysia.

Timbalan Pengarah Siasatan JSJK Bukit Aman, Datuk Hamza Taib berkata, usaha mengesan kumpulan penggodam itu sedang giat dijalankan dan pihaknya sentiasa memandang serius setiap ancaman siber seperti itu

"Kami (polis) sedang menjalinkan kerjasama dengan Interpol dan FBI dan siasatan lanjut masih diteruskan," katanya kepada pemberita, sebentar tadi.

Kumpulan Anonymous Malaysia menerusi sebuah video mengumumkan perang siber terhadap kerajaan Malaysia baru-baru ini.

Video berdurasi lapan minit dimuat naik di sebuah akaun Youtube World of Buzz bertekad untuk melumpuhkan laman web di Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Ogos 2015 @ 2:33 PM