NAZIFUDDIN (tengah) harap dapat sokongan penuh.
NAZIFUDDIN (tengah) harap dapat sokongan penuh.
Oleh Aida Adilah Mat

Kuala Lumpur: “Anak perdana menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) tidak memberi kelebihan kepada saya untuk memenangi jawatan dalam MOM (Majlis Olimpik Malaysia (MOM),” tegas calon naib presiden Mohd Nazifuddin Mohd Najib.

Timbalan Presiden Taekwondo Malaysia (TM) itu berkata, biarpun masih muda dan baru berkecimpung dalam dunia sukan, beliau sudah lama mengenai mereka yang terbabit dalam persatuan sukan di Malaysia.

Nazifuddin, 32, berharap persatuan sukan di negara ini dapat memberi sokongan penuh kepadanya menjelang Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) pada 22 Ogos ini.

Beliau menekankan pemilihannya tidak berunsurkan politik kerana pengundi akan memilih calon yang mereka rasakan mampu menjalankan tanggungjawab membangunkan sukan di negara ini.

“Saya tidak berasakan bahawa status sebagai anak perdana menteri akan memberi kelebihan dan saya tidak pandang perkara ini sebagai satu kelebihan juga. Pengundi mungkin melihat lebih daripada itu dan bukan status saya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 Ogos 2015 @ 5:18 AM