YVONNE papar potret wanita  kebanyakannya diinspirasi daripada watak permainan video.
YVONNE papar potret wanita kebanyakannya diinspirasi daripada watak permainan video.
YVONNE papar potret wanita  kebanyakannya diinspirasi daripada watak permainan video.
YVONNE papar potret wanita kebanyakannya diinspirasi daripada watak permainan video.
YVONNE papar potret wanita  kebanyakannya diinspirasi daripada watak permainan video.
YVONNE papar potret wanita kebanyakannya diinspirasi daripada watak permainan video.
Nor Hanisah Kamaruzaman

Minat dalam seni lukis digital bermula apabila Yvonne Chong Shi Qi, 22, mendapat inspirasi daripada hobinya yang gemarkan permainan video.

Minat itu lebih berkembang dalam penghasilan karya lukisan digital apabila dia menyambung pengajian tinggi dalam bidang grafik.

Menurut Yvonne, walaupun seni lukis digital masih baru dan kurang dikenali di Malaysia, dia gigih menghasilkan karya digital bagi mempromosikan selain menaikkan karya seni digital di Malaysia.

“Ia belum dikenali secara meluas malah bidang seni yang masih baru dan sebab itu juga saya mahu hasilkan supaya dapat membuka mata penggemar seni di luar sana.

“Tambahan, penghasilan karya seni sebegini mengikut arus masa dan saya percaya ia akan lebih diterima kerana mengikut arus masa dan teknologi terkini,” katanya.

Tambah Yvonne, penghasilan sesebuah karya digital hanya mengambil masa seminggu hingga dua minggu bagi proses melukis saja.

“Keseluruhan proses dari mula mencetuskan idea dan perancangan sehingga siap produk akhir mengambil masa setengah tahun.

“Ini kerana saya masih belajar dan perlu menumpukan banyak masa kepada waktu pembelajaran namun, proses melukis hanya memerlukan sekitar seminggu hingga dua minggu saja,” katanya.

Yvonne berkata, melukis menggunakan pen digital tidak semudah disangka namun minat mendalam boleh mengatasinya.

Penulis berkesempatan menemu bual dan menghayati koleksi karya solo Yvonne di pameran ‘Garden of Goddesses’ di Lot 123, Balai Seni Nando’s, baru-baru ini.

Yvonne yang juga pemenang hadiah utama kategori seni digital dalam pertandingan ‘Inisiatif Seni Nando’s 2014’ anjuran Nando’s Malaysia mengetengahkan kisah dongeng, fantasi dan mitologi Nordik (Norse Mithology) dalam koleksinya kali ini.

Semua karya memaparkan potret wanita yang kebanyakannya diinspirasi daripada watak permainan video kegemaran Yvonne.

Menurut Yvonne, potret wanita yang dilukis menggambarkan ‘Mother Nature’ bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai menghargai dan menjaga kelestarian alam.

Menjadikan pelukis terkemuka dari Mexico, Frida Kahlo sebagai idola, Yvonne berharap dia dapat terus bergiat dalam industri seni tempatan dan memperkenalkan seni digital serta menaruh impian untuk mengadakan pameran di peringkat global.

PROFIL:

Nama: Yvonne Chong Shi Qi

Umur: 22 tahun

Pendidikan: Pelajar tahun akhir Diploma Seni Reka Grafik

Instagram: @blahblahalpaca

Pameran solo: Garden of Goddesses

Lokasi: Lot 123, Balai Seni Nando’s, Jalan Sultan (Chinatown) Kuala Lumpur

Tarikh: Sehingga 7 Jun 2016

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Jun 2016 @ 10:51 AM