COUTINHO menjaringkan gol pembukaan. FOTO AFP
COUTINHO menjaringkan gol pembukaan. FOTO AFP

London: Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers berkata, dia hampir mengeluarkan Philippe Coutinho sebelum pemain perancang itu meledak jaringan kemenangan pasukan itu dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (BPL) di Stoke.

Pemain Brazil itu menjaringkan gol tunggal kemenangan perlawanan itu menerusi rembatan kencang kaki kanan dari jarak jauh untuk menyelesaikan pertembungan dua pasukan terbabit.

"Anda perlu mengekalkannya di atas padang seberapa lama mungkin kerana dia memiliki detik untuk melakukan keajaiban itu," kata Rodgers.

"Saya gembira dapat mengekalkannya tetapi menafikan ia disebabkan wujudnya faktor kebijaksanaan luar biasa pada perlawanan itu. Kami bernasib baik dia dapat melakukan jaringan dan meneruskan perlawanan."

Pengurus berasal dari Ireland Utara itu berkata: "Dia masih mampu bermain dengan baik dalam perlawanan itu sekalipun baru kembali daripada kejuaraan Piala Copa America tiga minggu lalu.

"Dia melakukan gerakan menarik meloloskan diri daripada kawalan Steve Sidwell. Dia mempamer jaringan berkualiti ketika menewaskan penjaga gawang, Jack Butland." - BBC

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Ogos 2015 @ 12:11 PM