JARINGAN kemenangan Leicester menerusi Vardy pada minit ke-80. FOTO AFP
JARINGAN kemenangan Leicester menerusi Vardy pada minit ke-80. FOTO AFP
AFP

London: Brendan Rodgers mengagumi aksi 'bertaraf dunia' Jamie Vardy selepas jaringan pada minit terakhirnya itu menyaksikan Leicester melakarkan kemenangan 1-0 ke atas Arsenal.

Ia adalah kekalahan ketiga Arsenal selepas empat perlawanan dalam aksi Liga Perdana Inggeris.

Vardy bagaimanapun masih belum cukup cergas kerana kecederaan betis yang dialami namun pengurus Foxes, Rodgers menurunkannya ketika perlawanan berbaki 30 minit seterusnya meledakkan gol keenam peribadinya musim ini.

Penyerang berusia 33 tahun itu memang dikenali dengan umpanan tajam di depan gawang Arsenal dan hingga setakat ini sudah menjaringkan 11 gol sepanjang 12 perlawanan liga menentang pasukan itu.

"Perancangan kami adalah untuk sentiasa menurunkan Jamie Vardy dalam perlawanan dan dia dapat melaksanakan tugasnya," kata Rodgers.

"Dia melakukan sumbangan besar dan perlawanan besar," kata Rodgers selepas Leicester merakam kemenangan pertama di Arsenal sejak tahun 1973.

Hasil kemenangan itu Leicester kini melonjak kedudukan keempat liga selepas dua kekalahan berturut-turut sebelum ini.

Arsenal kini menghuni tangga ke-10 liga selepas kekalahan kedua berturut-turut liga susulan keputusan sama di Manchester City hujung minggu lalu. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Oktober 2020 @ 10:19 AM