MENONJOL warna hijau seperti cincin batu zamrud.
MENONJOL warna hijau seperti cincin batu zamrud.
TAMPAK eksklusif.
TAMPAK eksklusif.
REKA bentuk klasik.
REKA bentuk klasik.
Nurul Husna Mahmud


Rekaan kontemporari antara faktor cincin dipasarkan butik dalam talian Eto Emporium mendapat sambutan menggalakkan.

Meskipun baru tiga tahun beroperasi, baik dari segi kualiti mahupun rekaan aksesori khusus untuk lelaki, pemilik butik berkenaan arif dengan kehendak pasaran tempatan. Menurut Pengasas Eto Emporium Megat Fareto Asnami Suhaimi selaku pemakai aksesori tentu saja dia memahami keperluan pelanggannya.

“Seperti peminat aksesori lain, saya inginkan aksesori tampak moden dan eksklusif, namun harganya perlulah berpatutan. Oleh itu untuk 20 rekaan cincin, material digunakan ialah koleksi 925 sterling silver dan koleksi stainless steel (logam tahan karat).

“Perinciannya pula ialah berlian sintetik (lab diamond) mirip berlian sebenar cukup berkualiti. Ketika ini paling mendapat sambutan ialah batu berwarna biru atau lebih popular dipanggil ‘sapphire lab diamond’ sesuai dengan personaliti maskulin.

“Keistimewaan ditawarkan pada produk cincin ini tentu saja tahan lasak dan mudah dijaga. Pelbagai bentuk dan warna pastinya sesuai dengan cita rasa pemakai aksesori,” katanya.

Fareto menyasarkan pelanggan berumur seawal 25 tahun hingga lewat 40-an yang meminati aksesori berkenaan. Harga aksesori itu dipasarkan dari RM150 hingga RM500 bergantung kepada rekaan perincian serta material digunakan.

Bagi yang berminat boleh melayari laman Instagram @eto_emporium untuk mendapatkan cincin unik berkenaan baik tujuan dipakai sendiri mahupun buah tangan buat orang tersayang.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 Julai 2016 @ 5:03 AM