MATERIAL digunakan pelbagai pada tas tangan di The Hashtag menyuntik elemen unik.
MATERIAL digunakan pelbagai pada tas tangan di The Hashtag menyuntik elemen unik.
Oleh Nurul Husna Mahmud


Tas tangan dilihat sebagai aksesori pelengkap gaya kepada wanita. Jika dulu rekaan lebih tipikal, kini aksesori berkenaan turut berkembang sepantas peredaran fesyen pakaian.

Justeru butik The Hashtag di The Strand, Kota Damansara, menawarkan kepelbagaian pilihan baik rekaan, warna mahupun material untuk peminat tegar tas tangan.

Menurut pemiliknya yang hanya mahu dikenali dengan Yeen, butik terbabit bermula dengan perniagaan atas talian menerusi medium Instagram.

“Bermula dengan kiriman rakan yang mahu saya membelikan beg untuk mereka setiap kali ke luar negara, saya membeli lebih untuk menjualnya di media sosial seperti Instagram.

“Sambutan menggalakkan menyebabkan saya mula serius memasarkan beg berjenama mahupun beg mampu milik untuk peminat tas tangan,” katanya.

Yeen berkata, kebanyakan pelanggan menggemari tas tangan yang dijualnya kerana variasi pilihan warna, bentuk dan saiz di butiknya.

“Beg yang saya pasarkan melangkaui kumpulan sasaran kerana harga untuk setiap beg

di sini daripada golongan elit hinggalah sederhana mampu dibeli.

“The Hashtag menawarkan pelbagai jenama Eropah seperti Prada, Gucci, Long Champ dan banyak lagi untuk mereka yang meminati barangan berjenama. Untuk mereka yang mahukan harga mampu milik, kami turut memasarkan beg kualiti

premium pada harga sekitar RM40 ke atas mengikut rekaan serta material.

“Namun kalangan pelanggan The Hashtag sedia arif dengan pilihan koleksi tas tangan ditawarkan di butik ini yang dikenali dengan warna ‘pop-up’ atau menonjol,” katanya.

Selain beg tangan, The Hashtag menawarkan pilihan beg bimbit sesuai untuk ke majlis makan malam serta pelbagai jenis

dompet bagi wanita yang mahu meleng­kapkan koleksi aksesori dimiliki.

Mereka boleh mengunjungi butik THE HASHTAG 51-1 Jalan PJU5/21, The Strand, Kota Damansara, Selangor atau mengikuti laman Instagram @hashtagsrihartamas untuk mendapatkan koleksi beg unik berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 Mac 2015 @ 5:06 AM