NELAYAN Vietnam yang ditahan APMM. Foto Shamsudin Husin
NELAYAN Vietnam yang ditahan APMM. Foto Shamsudin Husin
BOT yang ditahan APMM. Foto Shamsudin Husin
BOT yang ditahan APMM. Foto Shamsudin Husin
Oleh Shamsudin Husin


Chukai: Dua tekong dan 21 awak-awak dua bot nelayan warga Vietnam ditahan selepas menangkap ikan di 86 batu nautika dari Kuala Kemaman, di sini pagi semalam.

Turut dirampas daripada mereka adalah hasil tangkapan ikan seberat 500 kilogram.

Kedua-dua bot berkenaan dikesan menangkap ikan di perairan negara ini oleh kapal peronda Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM), KD Redang.

Ketua Penguat Kuasa Maritim APMM Kemaman, Leftenan Komander Maritim Norhafizi Mohd Rafek berkata, bot pertama ditahan pada 8.10 pagi, manakala bot kedua ditahan 9.30 pagi ketika cuba melarikan diri.

"Kesemua itu ditahan mengikut Seksyen 151 (A) Akta Perikanan 1985, jika sabit kesalahan tekong itu boleh didenda sehingga RM1juta manakala awak-awak pula boleh didenda sehingga RM100,000 seorang atau penjara selama enam bulan atau kedua-duanya sekali," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Ogos 2015 @ 3:59 PM