MENYERLAHKAN penampilan serta personaliti diri dengan menggunakan produk Revlon.
MENYERLAHKAN penampilan serta personaliti diri dengan menggunakan produk Revlon.
Oleh Siti Nadirah Hafidzin

Tiada siapa yang dapat melupakan cinta pertama mereka perasaan teruja digabung debaran jantung yang lebih pantas setiap kali ternampak kelibat si dia. Malah ada pepatah berbunyi, ‘Apabila sudah jatuh cinta, semuanya indah belaka.’

Kini, anda boleh menyalakan api cinta dengan rangkaian Revlon serba baru Gincu Ultra HD dan Lip Lacquer Ultra HD.

Menerusi rangkaian pelbagai warna yang menghiasi bibir, anda tampil lebih cantik, berani dan menarik.

Menawarkan glamor, keterujaan dan inovasi dengan produk berkualiti tinggi pada harga berpatutan, produk Revlon boleh didapati di meja solek dan beg solek wanita glamor di seluruh dunia.

Serlahkan mood anda pada bibir. Gincu Ultra HD dan Lip Lacquer Ultra HD mempunyai teknologi gel bebas lilin.

Gincu hebat ini memberi warna jelas dengan pigmen warna, memberi anda warna hebat yang berkilat serta menawan tanpa rasa kurang selesa yang sering dikaitkan dengan produk bibir konvensional.

Untuk tampil dalam bibir matte yang menawan pada waktu siang, gincu ini satu kemestian dalam beg tangan setiap wanita.

Ia memberikan liputan kemas serta penuh buat bibir anda, warna kekal terang dan berseri, lengkap dengan kesan matte.

Dengan satu sapuan yang licin, anda boleh memiliki warna yang berdefinisi tinggi dan tetap menawan perhatian.

Sekiranya anda meminati pewarna bibir cecair, berkilau dan mengasyikkan, Lip Lacquer Ultra HD tidak mengecewakan, dengan warna sebenar yang terang, bersinar dan berimpak tinggi dengan rasa ringan selesa.

Sentiasa selicin sutera namun tidak melekit, formula unik yang mudah dioles dengan berus aplikator berilham profesional supaya pengguna mampu memiliki bibir mungil yang seksi sempurna, walaupun dilihat dari dekat.

Menurut Pengurus Besar Revlon Malaysia dan Singapura Janette Shum, produk bibir dengan kesan HD yang baru adalah lanjutan daripada keinginan wanita.

“Sebagai wanita, kadang­kala bukan mudah untuk meluahkan perasaan kita kepada orang lain. Justeru, menerusi Gincu Ultra HD dan Lip Lacquer Ultra HD Revlon, kami mahu pengguna merasakan cinta itu apabila mewarnakan bibir anda.

“Tonjolkan tarikan, godaan dan percintaan untuk pasangan, buah hati atau bahkan diri anda sendiri. Perkara paling penting, rasai semula perasaan jatuh cinta sekali lagi,” katanya.

Kempen global ‘Love is on Revlon’ pula melengkapkan pelancaran kedua-dua produk berkenaan.

Revlon mempunyai misi untuk memberi inspirasi cinta dan menghubungkan dengan setiap individu di seluruh dunia.

Love is on membawa makna yang lebih mendalam bagi wanita dan ia bukan sekadar slogan.

Ketua Pegawai Pemasaran Revlon Benjamin Karsch berkata, ia mengenai perasaan wanita apabila mereka menyolek diri.

“Kami mahu mereka merasakan cinta dan juga perasaan jatuh cinta. Saya berharap di Malaysia, kami juga akan dapat mencapai kesan yang sama dan mengisi hati wanita dengan emosi dan kasih sayang yang positif.

“Gincu dan lakuer bibir ini didapati dalam warna definisi tinggi yang masing-masing dinamakan mengikut nama bunga dan batu permata.

“Ia adalah inspirasi untuk mencipta warna bibir bagi jelitawan di seluruh dunia. Justeru, ia sempena nama bunga dan batu permata sebagai penghormatan kepada mereka yang menggunakan jenama ini serta menyanjungi mereka yang menawan dan glamor seperti bunga dan batu permata terbabit,” katanya.

Gincu ini boleh didapati dalam lapan warna berdefinisi tinggi yang dinamakan mengikut bunga dari seluruh dunia.

Warna ialah HD Gladiolus, HD Hydrangea, HD Azalea, HD Poinsettia, HD Tulip, HD Hibiscus, HD Orchid dan HD Petunia. Harga runcit yang disyorkan bagi setiap gincu ialah RM35.90.

Bagi mencerminkan sinaran berimpak tinggi, enam warna definisi tinggi bagi Lip Lacquer UltraHD dinamakan mengikut batu permata iaitu HD Pink Ruby, HD Garnet, HD Petalite, HD Strawberry Topaz, HD Smoky Quartz, dan HD Pink Sapphire. Setiap lakuer bibir ini dijual pada harga runcit yang disyorkan RM35.90.

Untuk mengetahui pilihan warna anda, cubalah sendiri di farmasi utama dan kedai runcit di seluruh negara.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Ogos 2015 @ 11:53 AM