RANGKAIAN produk kecantikan koleksi musim luruh, salji disesuaikan warna kulit Asia.
RANGKAIAN produk kecantikan koleksi musim luruh, salji disesuaikan warna kulit Asia.
Yusliza Yakimir Abd Talib


Rangkaian produk kecantikan ZA menampilkan koleksi musim luruh dan salji 2016 dengan dua rangkaian penghias bibir Vibrant Moist Lip Lacquer dan Lip Crayon yang bukan saja mengekalkan kelembapan bibir, malah memberikan kepelbagaian warna dan tahan lebih lama.

Vibrant Moist Lip Lacquer adalah pengilat bibir yang memberikan liputan tahan lama dengan sinar menakjubkan. Dengan lima varian warna dari nude lembut hingga warna merah jambu, lakuer bibir ini dibuat bersesuaian warna kulit Asia.

Jika anda mencari sentuhan bibir bercahaya dan lembap, ZA Lip Crayon comel dan amat mudah dipakai tanpa melihat cermin. Ia menghidrat seperti balsam, memberi kilatan dan tahan lama. Boleh didapati dalam lima warna dari merah hingga merah jambu dan ungu.

Untuk koleksi solekan mata pula, ZA memperkenalkan koleksi ZA Killer Big Eyes baru dalam variasi enam warna antaranya warna semula jadi daripada kelabu tua, nude, kuning air, coklat, emas ros dan merah jambu pastel.

Tampil berani dan bersemangat dengan warna coklat smokey, ungu, kelabu smokey dan perak. Tidak seperti sebelumnya, palet baru ZA didatangi dengan penyamar noda yang ringan, ton neutral yang mencerahkan lingkaran hitam dan kekusaman di sekeliling mata. Ia mengandungi serbuk pencerahan, formula yang berkesan menutup lingkaran hitam sambil memberikan cahaya semula jadi.

ZA Killer Volume Long Mascara pula diformulasi dengan Insta-Dense Fiber dan Real Black Pigment yang akan segera meningkatkan volum dan memanjangkan bulu mata.

Berus yang direka secara unik membantu menangkap bulu mata pendek atau berada di hujung ekor mata menjadi lebih panjang dan penuh. Maskara ini juga kalis air, ringan dan lembut serta tidak menyebabkan ketidakselesaan atau terasa berat pada bulu mata.

Ia mengandungi evening primrose semula jadi bahan pelembap rambut yang membantu melindungi dan menyuburkan bulu mata, menjaganya agar tetap sihat dan lembap setiap masa.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 September 2016 @ 12:26 PM