BINGKISAN terbaru daripada Avon, gincu bibir Ultra Color Bold.
BINGKISAN terbaru daripada Avon, gincu bibir Ultra Color Bold.
Oleh Nurul Husna Mahmud


Olesan bibir menerusi padanan gincu sesuai boleh menyerlahkan penampilan seseorang. Malah, penggunaan warna gincu dengan bijak memberi impak luar biasa kepada pemakainya seperti dilakukan Ultra Color Bold, Avon.

Bingkisan kemasan bibir unik buat wanita tempatan satu pembukaan dramatik 2015 oleh Avon menerusi 10 pilihan warna 'bervoltan' tinggi seperti Peony Pop, Rapid Rose, Fearless Fuchsia, Extreme Mauve, Hi-Def Plum, Coral Burst, Red Extreme, Ruby Shock, Berry Bold dan Coffee Crush.

Menurut Ketua Pemasaran Avon Malaysia, Aspalin Sirat, pemakai gincu berkenaan boleh mencabar keberanian dalam mengubah ketrampilan supaya lebih menyerlah sebaik mengenakannya.

"Gincu ini adalah peluang mencipta semula diri anda. Dengan 'BOLDmeter' kami, anda boleh merubah penampilan daripada si manis kepada wanita yang berani. Jika anda lebih konservatif, boleh mulakan dengan mencuba satu atau dua rona warna lebih tinggi daripada biasa.

"Namun, jika anda fesyenista berani, boleh mencuba produk ini pada meter tona warna tertinggi. Lebih baik lagi, dapatkan semua rona dan ubah personaliti anda setiap hari," katanya.

Tanpa mengabaikan impian pemakai yang mahu memiliki bibir mungil dan lembap, gincu berkenaan tampil dengan lebih 50 peratus pigmen dalam setiap gincu masih mengekalkan formulasi seleksi Ultra Color yang menggunakan Teknologi True Color.

Semestinya Ultra Color Bold Lipstick mempunyai tekstur lembap berkrim dengan kemasan penuh yang sekata serta kekal lama. Tiada lagi rungutan mengenai gincu merebak atau melekit mahupun bibir kusam yang kering merekah sebaik anda mengenakan Ultra Color Bold Lipstick Avon.

Dapatkan 10 pilihan Ultra Color Bold Lipstick yang sudah ada di pasaran 1 Februari lalu. Untuk mendapatkannya, hubungi wa­kil Avon anda atau kunjungi mana-mana Butik Kecantikan AVON di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, hubungi talian bebas tol AVON di 1-800-22-AVON (2866) atau layari www.my.avon.com.

INFO

Gincu 'Ultra Color Bold' Avon

-Rangkaian baru dalam gincu Ultra Color

-Warna mewah berani dengan 50 peratus lebih pigmen dalam setiap gincu

-Dilancarkan 1 Februari, 2015

-Berat 3.6 gm berharga RM19.90

-Dapatkannya daripada wakil Avon, Butik Kecantikan Avon

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 Februari 2015 @ 5:00 AM