Timbalan Pendakwaraya Paris,  Serge Mackowiak ketika sidang media megenai serpihan sayap pesawat MH370 di Paris awal pagi tadi. - Foto REUTERS
Timbalan Pendakwaraya Paris, Serge Mackowiak ketika sidang media megenai serpihan sayap pesawat MH370 di Paris awal pagi tadi. - Foto REUTERS

Paris: Pakar mampu mengesahkan flaperon Boeing 777 yang ditemui di Pulau Reunion adalah dari pesawat MH370 berdasarkan beberapa aspek, termasuk karektor teknikal serpihan berkenaan.

Timbalan Pendakwaraya Paris, Serge Mackowiak, berkata selain itu, dokumen teknikal yang disediakan wakil Malaysia Airlines membolehkan penyiasat mengesahkan kaitan antara flaperon berkenaan dengan flaperon pada Boeing 370 MH370 berdasarkan keserasian karektor teknikal

Beliau bagaimanapun tidak dapat menyatakan bila maklumat lanjut hasil pemeriksaan flaperon berkenaan akan diperolehi.

Beliau bagaimanapun berkata: “Pakar meneruskan pemeriksaan mereka secepat mungkin untuk mendapatkan pengesahan lengkap dan kukuh untuk keluarga mangsa.”

Mackowiak berkata demikian selepas Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak membuat sidang media di Kuala Lumpur menyatakan pakar mengesahkan flaperon berkenaan adalah dari MH370.

Ketika sidang akhbar di Paris awal pagi tadi, Mackowiak memberi kenyataan yang lebih berhati-hati dengan berkata flaperon itu ‘berkemungkinan besar’ dari MH370.

“Wujud kemungkinan besar flaperon itu dari psawat MH370,” katanya. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Ogos 2015 @ 3:31 AM