IBU selesa menyusukan bayi.
IBU selesa menyusukan bayi.
Oleh Faizatul Farlin Farush Khan

Ergobaby, jenama pendukung bayi premium kini memperkenalkan bantal penyusuan bayi, Ergobaby Natural Curve Nursing Pillow, bertujuan memudah dan menjadikan penyusuan lebih selesa.

Bantal penyusuan berkenaan dihasilkan dalam rekaan unik dan ergonomik dengan sudut membulat yang membolehkan bayi menyusu secara berdepan dengan ibu, memudahkan lagi cara menyusu dengan betul dan membuatkan bayi boleh menyusu lama dengan selesa.

Ia dihasilkan selepas perbincangan dan kajian dijalankan bersama pakar laktasi serta golongan ibu yang menyusukan bayi mereka dengan susu ibu.

Ergobaby memberi fokus kepada masalah yang dihadapi ibu sebelum ini ketika menyusu bayi mereka termasuk rasa tidak selesa dan bayi sukar minum dengan puas, lalu menghasilkan bantal yang mempunyai struktur mampu menyokong proses penyusuan dengan baik.

Bukan saja selesa, bantal berkenaan memberi kebebasan kepada ibu untuk memilih tahap ketinggian atau sudut yang sesuai untuk memudahkan penyusuan.

Ia juga meninggikan kepala bayi dan menghadapkan tubuh bayi kepada badan ibu dan mengelak bayi tergelincir ketika sedang menyusu.

Kedudukan di atas perut ibu ketika menyusu juga akan membantu proses pencernaan selain mengelak bayi rasa lenguh selepas menyusu.

Lembut dan selesa pada kulit bayi, ia diperbuat sepenuhnya daripada kain kapas dan sarungnya boleh dicuci menggunakan mesin basih.

Dijual pada harga RM399, ia boleh dibeli di semua kedai utama barangan bayi.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Julai 2015 @ 12:27 PM