REKAAN praktikal untuk penyusuan.
REKAAN praktikal untuk penyusuan.
Yusliza Yakimir Abd Talib

Menyusukan bayi antara detik terindah seorang wanita kerana ketika inilah terjalinnya ikatan erat antara ibu dan anak. Inilah anugerah yang tidak ternilai buat insan bergelar ibu.

Bagi ibu yang terikat dengan komitmen menyusukan bayi, keadaan apabila perlu perlu melakukan penyusuan di tempat awam sering membuat si ibu rasa tidak selesa. Walaupun ada tidak kisah, masih ramai lagi memandangnya secara serius kerana rasa malu yang menebal.

Menyedari kesedaran dan permintaan terhadap pakaian memudahkan penyusuan kian meningkat, butik Ludani Collection tidak ketinggalan menampilkan konsep bukaan menyusu yang mudah, hanya perlu selak untuk menyusukan si kecil untuk semua koleksinya.

Pengasasnya, Rozana Zainal Abidin berkata, meskipun terdapat banyak baju mesra menyusu di pasaran, tetapi kebanyakannya direka dengan konsep zip atau butang.

Justeru katanya, konsep yang diketengahkan butik itu iaitu, selak lebih praktikal dan memudahkan ibu menyusukan bayi dengan cepat serta mudah tidak kira masa atau keadaan.

“Terdapat dua lubang kiri dan kanan, jadi ibu hanya perlu selak saja. Bukaan selak baju kami tidak ketat dan amat praktikal selain dijual pada harga berpatutan.

REKAAN sedondon ibu bapa dan anak turut tersedia.
REKAAN sedondon ibu bapa dan anak turut tersedia.

“Koleksi butik ini kebanyakannya berfungsi tiga dalam satu iaitu bukan saja sesuai untuk ibu menyusukan, malah sangat sesuai untuk ibu yang mengandung serta boleh digayakan pelbagai peringkat umur,” katanya.

Menurutnya, oleh kerana butik itu mengkhaskan koleksi kepada golongan ibu maka dia ingin membantu golongan itu menjimatkan masa dengan menghasilkan busana yang menggunakan fabrik antikedut atau tidak perlu digosok.

Katanya, material yang digunakan adalah sangat memeri dan dapat memberi keselesaan kepada ibu hamil sehingga sembilan bulan.

Potongan A dan longgar katanya, menampakkan penampilan yang sopan dan patuh syariah malah bermula penghujung tahun lalu, butik itu mengeluarkan koleksi sedondon untuk ibu, ayah dan anak.

Terdapat lebih 11 rekaan dengan lebih 40 pilihan warna dan pelbagai corak tapi masih tampak elegan sekali gus mampu menyerlah sisi anggun pemakai walaupun perlu menyusukan bayi.

Menurutnya, dia sedar bahawa baju menyusu adalah satu keperluan dan kebanyakan ibu perlukan lebih lima pasang dalam menjalani aktiviti harian bersama bayi mereka.

Idea untuk menghasilkan konsep pakaian seumpama ini mula tercetus apabila Rozana sendiri sebagai ibu menyusukan sukar mencari baju menyusu yang benar-benar selesa terutamanya di bahagian bukaan menyusu.

“Bagi saya, bukaan menyusu seperti zip atau butang tidak begitu praktikal, jadi saya kaji cara terbaik untuk memberi lebih keselesaan iaitu baju dengan bukaan selak yang amat mudah.

“Cuma selak saja, dan menyusukan bayi dengan tenang. Selain itu, kebanyakan harga baju menyusu yang ditawarkan di pasaran agak tinggi hingga golongan ibu yang juga suri rumah tidak mampu memiliki baju menyusu yang selesa.

“Sebab itu koleksi butik ini ditawarkan pada harga berpatutan kerana bagi kami baju menyusu adalah satu keperluan,” katanya.

Mula berada di pasaran sejak 2015, koleksi butik itu juga mendapat sambutan di negara jiran seperti Singapura dan Brunei.

Harga yang ditawarkan adalah serendah RM39 hingga RM200 bergantung pada rekaan dan kualiti fabrik yang berbeza membolehkan pelanggan membuat pilihan mengikut kesesuaian dan bajet mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 April 2019 @ 5:00 AM