Kadangkala kasihan Cik Pang dengar cerita artis tempatan yang terpaksa minta belas ihsan daripada media semata-mata nak dapatkan ruang fotografi.

Bukan tujuan Cik Pang nak ‘menghencap’ sesiapa tapi ada adab dan caranya. Terbaru, rakan Cik Pang mengadu mengenai sikap artis baru yang terlebih buat kerja PR sampai naik menyampah!

Kalau telefon atau bermesej sekali dua, boleh lagi dilayan. Malangnya kalau sampai ke tengah malam pun, asyik bertanya bila boleh ‘masuk paper’, manalah rakan Cik Pang tak naik hantu!

Katanya, agak-agaklah nak bertanya, tapi jangan sampai mendesak seolah-olah rakan Cik Pang ini langsung tiada kerja lain nak dibuat.

Mungkin sebab sudah naik muak dan malas nak layan, rakan Cik Pang ‘block’ nombor telefon si artis. Malah teman Cik Pang sanggup tukar nombor telefon baru, semata-mata tidak mahu diganggu si artis muka tembok tu!

Kini, Cik Pang dapat tahu si artis ganggu teman media lain pula. Kata teman Cik Pang, bukannya tidak ada cerita tidak pernah dikeluarkan pasal dia, cuma tak kan setiap minggu nak keluarkan cerita pasal dirinya saja.

Apa dia ingat, media tempat teman Cik Pang bekerja ini surat khabar mak bapak dia agaknya!

Maaflah ya! Bagi Cik Pang, setiap artis dan media perlu ada ‘mutual understanding’. Bak kata orang, kena sedar diri dan ruang supaya tidak nampak sangat sikap dan sifat terhegeh-hegeh minta diberi publisiti.

Lagipun, memang tugas media untuk beri publisiti kepada penggiat seni tempatan yang dirasakan ada tarikan untuk bacaan pembaca mereka. Cuma, ada masa dan ketika serta lihat pada kesesuaian waktu.

Ada juga teman Cik Pang mengadu mengenai sikap artis lain yang sebelum bergelar artis, berkawan baik dengan teman Cik Pang. Tapi bila sudah bergelar artis, bertegur sapa pun tidak. Malah akaun sosial Instagram dia pun di ‘unfollow’.

Tapi bila bergelar artis dan dapat tahu temannya dulu itu sebenarnya orang media, baru terhegeh-hegeh nak berkawan semula.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Julai 2015 @ 5:02 AM