Cik Pang cukup malas kalau layan artis yang asyik jawab ‘rahsia’ kalau ditanya media. Tak kisahlah bergurau atau tidak, tapi sekurang-kurangnya hormatlah kerja media yang memang tugasnya bertanya soalan.

Terbaru, apabila teman Cik Pang mengadu mengenai sikap Cristina Suzanne yang tak nak beri kerjasama dengan media yang menemuramahnya baru-baru ini.

Kata teman Cik Pang, hampir semua soalan ditanya mereka, dia jawab rahsia. Walaupun nada suara Cristina seolah-olah bergurau, tapi sebagai media yang hanya menjalankan tugas mereka, cubalah serius sikit.

Tujuan teman media datang bukan nak dengar artis buat lawak jenaka. Mereka datang sebab dijemput untuk acara hiburan dan kebetulan ada artis yang turut meriahkan majlis.

Sebagai media, mereka hanya perlu laporkan mengenai perkembangan yang berlaku dalam dunia hiburan.

Tak kisahlah berkaitan peribadi atau tidak, selagi bergelar selebriti, mahu atau tidak setiap cerita mengenai mereka, peminat ingin tahu.

Kata teman Cik Pang, kalau nak berahsia mengenai soal jodoh, terpulang tapi kalau bab kerjaya pun nak jawab ‘rahsia’ juga, jawabnya tutup buku dan angkat kaki saja lah!

Tak pastilah sama ada teman Cik Pang angkat kaki atau tidak tapi dari cara dia cerita, memang kurang manis juga cara Cristina layan media.

Cik Pang harap selepas ini artis janganlah main-main bila jawab soalan. Sesekali nak bergurau tak salah, cuma setiap gurauan ada batasnya juga.

Jadilah artis yang bijak menjawab soalan dan kalau soalan itu dirasakan kurang disukai, berikan jawapan yang bijak juga sebagaimana bakat yang ada pada dirinya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 November 2015 @ 5:04 AM