Artis ini terkenal dengan perangainya yang gedik dan mengada-ngada sejak namanya semakin dikenali ramai ketika ini.

Walaupun sudah banyak kali ditegur, dia seolah-olah tidak mengambil peduli dengan kritikan orang padanya.

Malah, perangai buruk artis itu dikatakan semakin menjadi-jadi sekarang sehingga merimaskan orang di sekelilingnya.

Lebih teruk lagi, kata rakan SS, artis ini khabarnya ada masalah disiplin dan selalu datang lambat ke majlis hingga menyusahkan pihak penganjur.

Sudahlah dia sering datang lambat ke majlis, tetapi langsung tidak memohon maaf dengan pihak penganjur pun.

Apa yang membuatkan penganjur majlis bengang, sikap artis itu yang terhegeh-hegeh ketika sesi bergambar dan cakap besar ketika sesi temu bual.

SS sendiri rimas dengan artis yang berperangai sedemikian. Mungkin artis itu fikir bila dia sudah terkenal, dia boleh melakukan sesuka hati saja tanpa memikirkan akibatnya di kemudian hari nanti.

Mungkin artis itu lupa, industri seni ada turun naiknya. Janganlah bila sudah tidak popular lagi nanti baru nak belajar menghormati orang lain. Justeru, SS beharap artis yang bermasalah supaya cepat berubah sikap dan tidak lupa diri.

SS: Sentiasa berpijak di bumi nyata.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 April 2015 @ 5:17 AM