FOTO Rosli Ilham
FOTO Rosli Ilham
Teks dan foto Rosli Ilham

Dungun: Seorang penuntut German-Malaysian Institute (GMI) terbunuh selepas motosikal ditunggangnya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 371.8 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), dekat Bukit Besi, 8 pagi ini.

Wan Faqih Wazien Azeman, 22, maut di tempat kejadian.

Mangsa yang berasal dari Kampung Seberang Takir, Kuala Terenganu, bersama empat rakannya dalam perjalanan pulang ke kampus selepas cuti Aidilfitri.

Setibanya di tempat kejadian, motosikal yang ditunggang mangsa dikatakan bergesel dengan motosikal rakannya sebelum melanggar pembahagi jalan.

Rempuhan kuat berkenaan menyebabkan mangsa tercampak ke dalam longkang di tepi lebuh raya terbabit.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan kejadian terbabit dan mangsa dibawa ke Hospital Dungun untuk dibedah siasat.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Julai 2015 @ 8:15 PM