KEADAAN trafik sesak menghala ke ibu kota dari Lebuhraya Pantai Timur (LPT) berhampiran Tol Bentong disebabkan warga kota pulang dari kampung selepas cuti Aidilfitri. FOTO Zunnur Al Shafiq
KEADAAN trafik sesak menghala ke ibu kota dari Lebuhraya Pantai Timur (LPT) berhampiran Tol Bentong disebabkan warga kota pulang dari kampung selepas cuti Aidilfitri. FOTO Zunnur Al Shafiq
Oleh Intan Mas Ayu Shahimi


Kuala Lumpur: Aliran trafik di lebuh raya utama menuju ke ibu kota kembali perlahan selepas lancar di sebelah pagi dan tengah hari.

Menurut maklumat yang dikemaskini laman Twitter @plustrafik, kenderaan bergerak perlahan dari Ipoh ke Hentian Simpang Pulai, Gopeng ke Tapah serta sibuk dari Bidor menghala Sungkai.

Trafik di sebelah utara juga perlahan dari Permatang Pauh ke Perai, Taiping ke Bukit Berapit dan Sungai Perak menghala Terowong Menora.

Manakala di selatan, trafik sibuk dari arah Pedas Linggi ke Senawang.

Dalam pada itu, aliran trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) masih perlahan sebelum dan selepas Plaza Tol Bentong hingga ke Genting Sempah.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Julai 2015 @ 5:58 PM