ALIRAN trafik menuju ke Plaza Tol Gombak mulai sesak. FOTO Bernama
ALIRAN trafik menuju ke Plaza Tol Gombak mulai sesak. FOTO Bernama
Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil


Kuala Lumpur: Beberapa lebuh raya utama dari Lembah Klang ke utara, selatan dan negeri di pantai timur dilaporkan sesak sejak pagi tadi berikutan sambutan Deepavali esok.

Anih Berhad dalam ciapan di X berkata, trafik perlahan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) 1.9 kilometer (km) dari Plaza Tol Gombak hingga KM21.7.

Keseksaan sepanjang 15 km dilaporkan bermula KM 22.3 hingga KM 37.3 dari Gombak ke Genting Sempah berikutan pertambahan kenderaan.

Di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 kesesakan dilaporkan susulan pengaktifan laluan kontra di KM 120.9 hingga KM 123.55arah timur (Lanchang-Temerloh).

Sementara itu LEKAStrafik melaporkan aliran trafik lancar di sepanjang Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) di kedua-dua arah menuju ke Kuala Lumpur, Seremban, Kuala Pilah setakat 9.30 pagi, hari ini.

Aliran trafik turut dilaporkan sesak di Lebuhraya Utara-Selatan dari Seremban ke Senawang.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 November 2023 @ 10:53 AM